hatiku

hatiku

Saturday, 12 November 2011

saat hati disapa

Semalam aku pergi mendengar forum yang bertajuk saat hati disapa. Forum ini diadakan di Dewan Putra kolej 14.

Forum ini bersifat santai dan sangat menghiburkan.

Dilubuk hati ku yang paling dalam terdetik bahawa aku masih belum menjadi insan atau manusia yang taat dan patuh pada suruhan dan larangan Allah.

Kita hanya pandai mencipta pelbagai alasan tanpa mahu berusaha dan bertindak untuk mengatasi kelemahan diri kita.

Selain itu, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan fitrah islam

Kadang-kadang persoalan berlegar-legar diminda, dapatkah aku menjadi seorang hamba dan khalifah yang baik untuk menunaikan perjanjian azali antara manusia dengan Allah s.w.t sejak di alam roh lagi.

Setiap perkara baik yang boleh mengubah diri kita harus kita jadikan sebagai pengajaran dan peringatan dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment