hatiku

hatiku

Monday 31 October 2011

Perkara yang menyeronokan hari ini

Hari nie rasa happy sangat.First sebab kumpulan kami iaitu menuju puncak bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan video.

Walaupun kadang-kala tubuh jadi layu sebab penat tapi hati tetap ceria.

Pelbagai mimik muka dan ragam yang kami buat.Kononnya nak jadi pelakon popular semua nie.He.he.

Rasanya kalau video itu dah dimasukkan dalam youtube pasti gempak dan ramai yang like.Harap begitulah.

Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.Kerjasama dalam kumpulan juga memang memuaskan.Memang happylah.

Saturday 29 October 2011

Luahan hati

Malam ini banyak pula idea aku nak menulis dalam blog nie.

Benda pertama yang sedang bermain difikiran nie ialah tentang exam pertengahan semester.Result semuanya kurang memuaskan.Apa nak jadi nie siti azlina bt mohd Yusoff?

Kedua ialah assigment berlambak-lambak tunggu untuk disiapkan.Pulihkan semangat dalam diri mu supaya rajin untuk menyiapkan assigment dengan segera.Tidak baik menangguh-nangguhkan sesuatu kerja.

Aku sebenarnya tidak berapa suka untuk menulis menggunakan bahasa yang terlalu formal.

Nie je yang boleh diluahkan untuk malam ini

koleksi gambar-gambar terpilih

Kenangan bermain ais kat genting




Budak nakal




 hero pujian hati kini dan selamanya



 won bin yang cute

danish yang handsome

My photo

Posted by Picasa

perkara yang tidak boleh dilupakan

sepanjang hidupku ini banyak perkara yang tidak boleh dilupakan.

Pertama ketika aku berumur 6 tahun aku telah terlibat dalam kemalangan di kampungku.Aku mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan menerima sebanyak 4 jahitan,dan meninggalkan kesan iaitu parut sampai sekarang masih ada.

perkara kedua yang tidak boleh dilupakan ialah ketika berumur 12 tahun aku menyambut hari lahirku.Emak bersusah payah nmemasak untuk meraikan hari jadiku.Aku mendapat banyak hadiah.

Seterusnya,perkara yang tidak dapat aku lupakan ialah dapat masuk universiti.salah satu impian aku sudah terlaksana.Aku sungguh gembira ketika mendapat balasan mesej yang menyatakan aku dapat melanjutkan pelajaran di universiti putra Malaysia.Ayah dan Emak turut gembira meraikan kejayaanku.

Perkara terakhir yang tidak boleh dilupakan ialah mendapat anugerah pelajar terbaik ketika berada di tingkatan enam.Penat lelah aku selama belajar akhirnya membuahkan hasil.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak boleh aku lupakan,tetapi buat waktu ini cukup setakat ini sahaja.

Wednesday 26 October 2011

jalan-jalan ke perak

Cuti pertengahan semester aku pergi ke perak untuk menziarahi kakak aku dengan family dia.

Aku rindukan wajah comel anak sedara aku itu.Namanya Meor Ahmad Darwisy.Tunggu Mak Lang kat umah tau.

Aku menaiki bas kat pudu untuk ke perak.Sampai ke perak dalam pukul 5 petang.

Tinggal kat rumah nenek sebelah abang ipar aku memang seronok kerana rumah dia dekat kawasan kampung iaitu kat kg kenangan.

Sekarang musim buah mangga.Aku begitu gemar makan buah mangga.Kebetulan rumah opah ada buah mangga.Dengan rasa tidak segan silu aku petik buah mangga dan terus makan.Emmmm sedapnya.

Selain itu,emak sedara abang ipar aku suka buat sambal mangga.Makan dengan nasi memang selera lah.

Banyak kenangan aku ketika berada di sini.Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman.

Monday 17 October 2011

Enjoy

Semalam aku rasa seronok sangat kerana dapat menyaksikan konsert gegar KL Fm yang telah diadakan di bukit Ekspo UPM.

Artis-artis yang membuat persembahan antaranya Karen Tan,kumpulan One Nation Emcee,Adam dengan kumpulan VIP,Ali kumpulan terrarossa dan Afeen kumpulan Utopia.

Lagu-lagu yang mereka dendangkan memang best.Memang rasa terbuai dengan irama lagu dan muzik yang dialunkan.

Pelajar-pelajar UPM nie semuanya sporting.Apabila disuruh melakukan aksi seperti menjerit,menari dan berlakon didepan semuanya berlumba-lumba nak mencuba melakukannya.

Memang puas hatilah semalam tengok konsert tersebut walaupun aku pergi dengan berjalan kaki dari kolej sampai ke bukit Ekspo.Dan yang paling syok dapat tengok Adam dengan kumpulan VIP yang handsome itu.Cair dibuatnya.he.he.Rugi siapa yang tak tengok konsert semalam.

Saturday 15 October 2011

Jawapan soalan BBK 3408

My life about J? Jasper ialah kuarza legap yang berwarna merah,hijau dan kuning.

Jonah pula ialah Nabi Yusuf.

Menurut saya,John ialah nama gelaran untuk seseorang iaitu a British Dude.

Harap jawapan yang diberikan betul.

Thursday 13 October 2011

menunggu ketibaan cuti pertengahan semester

Aku sudah tidak sabar hendak menghabiskan masa pada cuti pertengahan semester yang akan bermula pada 23 oktober.

Aku bercadang hendak pergi ke rumah kakak aku dekat perak.

Semua kawan-kawan aku asyik bertanya cuti hendak pergi ke mana?sama ada nak balik kampung kat kelantan atau pergi tempat lain?

Mereka semua nampak teruja sangat nak balik kampung.Biasalah sekarang kan musim buah-buahan.

Aku teringin sangat hendak makan buah dokong yang adik beradik dengan duku dan langsat.Sabar je lah hati raya Haji aku akan balik kampung.

Emak dengan Ayah tunggu kepulangan ku.