hatiku

hatiku

Monday 28 November 2011

Jalan-jalan

Hari ini untuk menghilangkan rasa boring, Aku keluar jalan-jalan pergi Times Square dengan kawan.

Sampai sana terpegun aku tengok kecantikan pokok Krismas yang telah siap dihiasi dengan lampu-lampu dan sebagainya.

Aku rasa excited sangat , jadi aku suruh kawan aku jadi kameraman tolong ambik gambar aku.La.la tengoklah hasilnya....



                                                     Aku duduk dekat hadiah



                                                       bersembunyi disebalik Hadiah






                                                  

                                                       Alamak ada orang pula dekat tepi.



                                                     Pokok Krismas yang cantik           
                                                                                       


                                                   
                                                    Berdirinya Aku disebelah Snow White......

Sunday 27 November 2011

Berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik

Salam sambutan maal Hijrah semua. Semoga aku dapat berubah menjadi seorang yang baik kepada yang lebih baik lagi. Insya Allah................

Jadikan pengajaran daripada kisah penghijrahan Nabi muhammad S.a.w dari Mekah Ke Madinah.

Saturday 26 November 2011

Layan lagu hindi

Semalam aku dengan roomate bukan main lagi duk layan lagu hindi , best sangat iramanya dan makna disebalik lagu itu menusuk kalbu.

Kami dengar lagu hindi itu melalui internet iaitu di radio Thr Gegar.

Boring sangat sebab itu kami layan lagu hindi...............

Pelbagai pilihan lagu hindi iaitu yang lama dan yang baru.

Layannnnnnnnnnn je.

Friday 25 November 2011

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah

Aku nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang pengetahuan ilmu.Ini adalah berkaitan dengan ilmu kesusasteraan melayu.

Dalam ayat 1-4 surah Al- Alaq ada menyatakan tentang menuntut ilmu dengan cara yang benar.

Tafsiran untuk ayat pertama ialah bacalah dengan menyembut nama tuhanmu yang menciptakan, Seterusnya, dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Ayat ketiga pula ialah bacalah, dan tuhanmulah yang maha mulia dan ayat keempat ialah yang mengajar manusia dengan pena.

Maksud keseluruhan ayat ialah menyuruh manusia membaca dan menulis untuk mendapatkan ilmu yang benar.

Justeru, kita belajar bersungguh-sungguh menurut ilmu yang benar disisi pencipta kita iaitu Allah S.W.T. 

Wednesday 23 November 2011

Keresahan di hati

Minggu ini aku rasa sedikit tertekan kerana kena hantar banyak assigment.

Banyak assigment yang masih dalam proses untuk disiapkan.

Berjayakah aku untuk menyiapkan semuanya bersama ahli kumpulan yang lain?

Andai kita dapat rasakan dan renungkan bahawa masa begitu pantas bergerak meninggalkan kita.

Oleh yang demikian , berusaha untuk tidak membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah.

Ingatlah bahawa masa itu emas...............................

Sunday 20 November 2011

sajak kekasih Usman Awang

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
~Usman Awang

lupa nak updated blog

Hai semua. kerana minggu ini aku sangat sibuk menyiapkan assigment sampai lupa nak updated blog.

Aku rindu sangat untuk mencurahkan idea dan apa saja yang ada dalam hati ini.

Entah mengapa minggu ini aku rasa sungguh sepi dan teringat kenangan lalu yang pernah aku cipta dulu bersama orang yang aku sayang.

Dikala waktu ini hatiku begitu sedih.Nampak luaran sahaja diriku gembira tetapi hakikatnya dalam hati tergores luka.Hanya kekosongan yang ada dalam jiwaku ini.

Apabila melihat orang lain gembira di hati ini terdetik rasa cemburu.Bilakah agaknya aku akan mendapat kebahagiaan itu?

Adakah aku seorang manusia yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah S.W.T? Aku yakin semua yang terjadi ada hikmahnya.


Kenapa malam ini aku sangat emosional dan jiwang karat?.................

Hanya aku yang ada jawapannya.

Wednesday 16 November 2011

Video seram kumpulan menuju puncak

Setelah berhempas pulas dan tidak tidur semalaman,akhirnya, telah siap sebuah video seram yang ditunggu-tunggu oleh semua orang terutama Dr Notts.Inilah hasil kerja kumpulan kami.

                                      

Monday 14 November 2011

pukul 5 pagi

Pagi yang indah ini aku duduk termenung sendiri.

cuba untuk bermunajat dan menginsafkan diri.

Rasa diri terasing sunyi dan sepi......................

Wahai hati moga kau kuat untuk menerima ketentuan ini.

Hayati lirik lagu jalinan kumpulan UNIC

              
Tajuk Lagu: Jalinan
Penyanyi/Artis: U.N.I.C

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang.

Sunday 13 November 2011

Hargailah masa

Hari ini aku sempat meluangkan masa bersama kawan pergi menonton wayang.cite yang aku pilih ialah In Time.

Cerita nie sangat menarik kerana berkaitan dengan masa.Manusia amat menghargai masa walaupun sesaat sampai siapa yang paling banyak mempunyai masa perlu memberi  derma kepada orang lain ataupun masa tersebut akan dicuri secara paksa.

Sekarang kehidupan aku sebagai seorang pelajar haruslah menghargai masa itu dengan sebaik-baiknya


                                        
.                                                                  pelakon In Time movie

Saturday 12 November 2011

Bila baju kurung bertemu baju Melayu

Manusia lelaki dan perempuan telah diciptakan dengan segala keindahan dan memilki sifat yang sempurna.

Kita bercerita tentang cinta. Semua orang ingin memiliki cinta dan dicintai dengan sepenuh hati.

Tapi adakah kita sedar apa itu cinta yang sejati. Cinta sejati ialah cinta manusia kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Kedua cinta manusia kepada nabi dan rasulnya iaitu Nabi Muhammad s.w.t dan ketiga cinta sesama manusia.

Bagaimana cinta antara manusia akan mendapat keredhaan Allah iaitu cinta melalui jalan yang benar.

Sesungguhnya aku merasa rugi kerana telah membuang masa dengan bercinta tidak mengikut jalan yang benar dan hanya mendapat kekecewaan dan luka di hati.

Aku akan menunggu cinta yang sejati dan jodoh yang baik telah ditetapkan oleh Allah.Insya Allah.

Berubahlah selagi nyawa masih di badan.Ingatlah lima perkara sebelum tibanya lima perkara.

lagu kegemaran


                                            from youtube google

saat hati disapa

Semalam aku pergi mendengar forum yang bertajuk saat hati disapa. Forum ini diadakan di Dewan Putra kolej 14.

Forum ini bersifat santai dan sangat menghiburkan.

Dilubuk hati ku yang paling dalam terdetik bahawa aku masih belum menjadi insan atau manusia yang taat dan patuh pada suruhan dan larangan Allah.

Kita hanya pandai mencipta pelbagai alasan tanpa mahu berusaha dan bertindak untuk mengatasi kelemahan diri kita.

Selain itu, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan fitrah islam

Kadang-kadang persoalan berlegar-legar diminda, dapatkah aku menjadi seorang hamba dan khalifah yang baik untuk menunaikan perjanjian azali antara manusia dengan Allah s.w.t sejak di alam roh lagi.

Setiap perkara baik yang boleh mengubah diri kita harus kita jadikan sebagai pengajaran dan peringatan dalam kehidupan kita.

Tuesday 8 November 2011

hari raya aidil adha

Aku happy sangat kerana dapat balik kampung menyambut hari raya korban dengan keluarga dikampung.

Terdapat pelbagai juadah makanan yang dihidangkan pada hari raya.

Antaranya ketupat,sate ayam dan sate daging serta gulai daging biri-biri.

Malam hari raya iaitu hari sabtu malam ahad rumah aku mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan menyambut hari jadi anak saudara aku yang umurnya mencecah usia setahun.
 
Inilah gambar-gambar makanan yang disediakan dan diriku.


                                                                      sate yang sedang dibakar





                                                          sate yang sudah boleh dimakan



                                                            ketupat daun palas



                                                           ketupat daun pinang


           

                                                  gulai daging biri-biri



                                                           kek birthday darwish




                                                             ubi kentang digoreng utk buat soto



                                                             aku di pagi hari raya                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Wednesday 2 November 2011

hasil kreativitiku





                                                                   Kalendar Januari












                                                                          Kalendar Februari