Manusia lelaki dan perempuan telah diciptakan dengan segala keindahan dan memilki sifat yang sempurna.
Kita bercerita tentang cinta. Semua orang ingin memiliki cinta dan dicintai dengan sepenuh hati.
Tapi adakah kita sedar apa itu cinta yang sejati. Cinta sejati ialah cinta manusia kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t.
Kedua cinta manusia kepada nabi dan rasulnya iaitu Nabi Muhammad s.w.t dan ketiga cinta sesama manusia.
Bagaimana cinta antara manusia akan mendapat keredhaan Allah iaitu cinta melalui jalan yang benar.
Sesungguhnya aku merasa rugi kerana telah membuang masa dengan bercinta tidak mengikut jalan yang benar dan hanya mendapat kekecewaan dan luka di hati.
Aku akan menunggu cinta yang sejati dan jodoh yang baik telah ditetapkan oleh Allah.Insya Allah.
Berubahlah selagi nyawa masih di badan.Ingatlah lima perkara sebelum tibanya lima perkara.
No comments:
Post a Comment