hatiku

hatiku

Saturday 29 October 2011

perkara yang tidak boleh dilupakan

sepanjang hidupku ini banyak perkara yang tidak boleh dilupakan.

Pertama ketika aku berumur 6 tahun aku telah terlibat dalam kemalangan di kampungku.Aku mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan menerima sebanyak 4 jahitan,dan meninggalkan kesan iaitu parut sampai sekarang masih ada.

perkara kedua yang tidak boleh dilupakan ialah ketika berumur 12 tahun aku menyambut hari lahirku.Emak bersusah payah nmemasak untuk meraikan hari jadiku.Aku mendapat banyak hadiah.

Seterusnya,perkara yang tidak dapat aku lupakan ialah dapat masuk universiti.salah satu impian aku sudah terlaksana.Aku sungguh gembira ketika mendapat balasan mesej yang menyatakan aku dapat melanjutkan pelajaran di universiti putra Malaysia.Ayah dan Emak turut gembira meraikan kejayaanku.

Perkara terakhir yang tidak boleh dilupakan ialah mendapat anugerah pelajar terbaik ketika berada di tingkatan enam.Penat lelah aku selama belajar akhirnya membuahkan hasil.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak boleh aku lupakan,tetapi buat waktu ini cukup setakat ini sahaja.

No comments:

Post a Comment