hatiku

hatiku

Monday 17 October 2011

Enjoy

Semalam aku rasa seronok sangat kerana dapat menyaksikan konsert gegar KL Fm yang telah diadakan di bukit Ekspo UPM.

Artis-artis yang membuat persembahan antaranya Karen Tan,kumpulan One Nation Emcee,Adam dengan kumpulan VIP,Ali kumpulan terrarossa dan Afeen kumpulan Utopia.

Lagu-lagu yang mereka dendangkan memang best.Memang rasa terbuai dengan irama lagu dan muzik yang dialunkan.

Pelajar-pelajar UPM nie semuanya sporting.Apabila disuruh melakukan aksi seperti menjerit,menari dan berlakon didepan semuanya berlumba-lumba nak mencuba melakukannya.

Memang puas hatilah semalam tengok konsert tersebut walaupun aku pergi dengan berjalan kaki dari kolej sampai ke bukit Ekspo.Dan yang paling syok dapat tengok Adam dengan kumpulan VIP yang handsome itu.Cair dibuatnya.he.he.Rugi siapa yang tak tengok konsert semalam.

No comments:

Post a Comment