Cuti pertengahan semester aku pergi ke perak untuk menziarahi kakak aku dengan family dia.
Aku rindukan wajah comel anak sedara aku itu.Namanya Meor Ahmad Darwisy.Tunggu Mak Lang kat umah tau.
Aku menaiki bas kat pudu untuk ke perak.Sampai ke perak dalam pukul 5 petang.
Tinggal kat rumah nenek sebelah abang ipar aku memang seronok kerana rumah dia dekat kawasan kampung iaitu kat kg kenangan.
Sekarang musim buah mangga.Aku begitu gemar makan buah mangga.Kebetulan rumah opah ada buah mangga.Dengan rasa tidak segan silu aku petik buah mangga dan terus makan.Emmmm sedapnya.
Selain itu,emak sedara abang ipar aku suka buat sambal mangga.Makan dengan nasi memang selera lah.
Banyak kenangan aku ketika berada di sini.Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman.
No comments:
Post a Comment