hatiku

hatiku

Monday, 26 September 2011

Pada hari jumaat, sabtu, dan ahad aku tiada kelas. Jadi inilah masa untuk aku enjoy buat sementara waktu.
Hari jumaat aku dengan my best friend bercadang hendak pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membeli buku rujukan untuk (PITA) Projek ilmiah tahun akhir.

Seawal pukul 10 kami bertolak dari kolej untuk pergi ke tempat tersebut. Perjalanan hendak ke tempat itu memerlukan masa yang panjang. Kami menaiki bas UPM ,Komuter,Monorel dan akhir sekali part yang aku tidak suka jalan kaki.

Aku dengan member aku jalan kaki dari tempat monorel berhenti sehingga sampai depan pintu pagar Dewan Bahasa dan Pustaka.Akhirnya kami berjaya sampai juga. Perancangan seterusnya ialah mencari buku rujukan.Buku rujukan tersebut sudah aku temui dan aku bergegas membayar di kaunter.

Setelah selesai urusan tadi, member aku mengajak aku pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli sedikit barang keperluan.Sampai di sana, kaki aku dah rasa sakit dan lutut pun sudah rasa lenguh sangat.Kami mengambil keputusan untuk berehat.

No comments:

Post a Comment