Diri ini kesepian dan kesunyian tanpa kekasih yang kekal di hati.
Cinta dan kasih sayang diriku hanya untuk tuhan yang maha kuasa, penyayang dan mengasihani umatnya.Tetapi kenapa kita sebagai umatnya selalu ingkar daripada arahannya?
Manusia belum tentu sempurna hidupnya jika hanya berlandaskan keduniaan tanpa menentukan arah tuju sebenar hidup ini.
Insafilah dirimu sebelum terlambat.
hatiku
Friday, 30 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
Pening kepala
Hari ini bersamaan dengan 28 September 2011 aku ingin ceritakan kepada kawan-kawan semua bahawa aku sekarang berada dalam keadaan yang bahaya.Bahaya kenapa?Hal ini berlaku kerana aku sedang pening kepala kerana assigment berlambak tunggu untuk diselesaikan dengan secepat yang mungkin.
Assigment yang paling teruja buat aku jadi macam ini ialah assigment subjek peristilahan,Berita laporan dan rencana dan kaedah penyelidikan sastera.
Berat betul bebanan yang terpaksa dipikul untuk semester ini.Perkara yang paling ditakuti ialah keadaan ini akan menjejaskan pointer untuk semester ini.
Nasihat untuk semua buat yang terbaik untuk semester ini.Teruskan usaha anda.

Tuesday, 27 September 2011
Perubahan Diri
Setiap kali masuk kelas ketrampilan Bahasa aku sudah rasa tidak senang duduk. Hal ini berlaku disebabkan oleh Pensyarah suruh kita semua berkongsi cerita berkaitan tajuk yang diutarakan.
Diriku yang pendiam ini tidak banyak menyuarakan pendapat atau berkongsi masalah dengan pensyarah atau teman-teman yang lain.
Aku berusaha untuk mengubah diri ini.Tapi hasilnya kurang memuaskan.Tolonglah apa yang harus aku buat?
Kelas seterusnya merupakan subjek yang aku minati iaitu Sastera Islam.Aku minat kelas ini sebab pensyarah yang mengajar kelas ini pandai menerangkan setiap tajuk yang dipelajari dengan panjang lebar dan memerlukan kita untuk memproses otak untuk berfikir.Kita sebagai pelajar sastera perlu banyak berfikir.
Oleh sebab itu, perubahan harus dilakukan untuk kemajuan pada masa hadapan.

Monday, 26 September 2011
tengok wayang
Hari ahad aku dengan member aku pergi jalan-jalan kat Mines.Aku memberi cadangan kepada member aku nak tengok wayang.Cadangan aku disambut baik olehnya.
Kami melihat cerita-cerita yang akan ditayangkan hari ini.Kami mengambil keputusan untuk menonton cerita bini-biniku gangster.Cerita ini bermula pukul 5.30 petang.
Jalan cerita movie ini best.Banyak unsur-unsur nilai kasih sayang diterapkan dalam plot cerita.Tapi yang aku hairan kenapa cerita melayu sekarang banyak sangat buat unsur action dalam pembikinan filem mereka?
Filem-filem yang akan ditayangkan semuanya memaparkan aksi tingkah laku masyarakat yang tidak bermoral.okey masa untuk out.

proposal
Hai semua.Semenjak kuliah bermula hingga sekarang kepala pening pikir pasal proposal.Macam-macam perasaan datang bermain difikiran.
Diriku ini sebenarnya belum siap dari segi mental dan fizikal untuk menyiapkan proposal Projek Ilmiah Tahun Akhir.
Aku terfikir bagaimana keadaan orang yang buat TESIS untuk Master dan PHD? Mungkin keadaan mereka sama seperti badai yang melanda diriku ketika ini atau sebaliknya.
Oleh sebab itu, wahai diriku ini fikirkan yang terbaik untuk dirimu.

Pada hari jumaat, sabtu, dan ahad aku tiada kelas. Jadi inilah masa untuk aku enjoy buat sementara waktu.
Hari jumaat aku dengan my best friend bercadang hendak pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membeli buku rujukan untuk (PITA) Projek ilmiah tahun akhir.
Seawal pukul 10 kami bertolak dari kolej untuk pergi ke tempat tersebut. Perjalanan hendak ke tempat itu memerlukan masa yang panjang. Kami menaiki bas UPM ,Komuter,Monorel dan akhir sekali part yang aku tidak suka jalan kaki.
Aku dengan member aku jalan kaki dari tempat monorel berhenti sehingga sampai depan pintu pagar Dewan Bahasa dan Pustaka.Akhirnya kami berjaya sampai juga. Perancangan seterusnya ialah mencari buku rujukan.Buku rujukan tersebut sudah aku temui dan aku bergegas membayar di kaunter.
Setelah selesai urusan tadi, member aku mengajak aku pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli sedikit barang keperluan.Sampai di sana, kaki aku dah rasa sakit dan lutut pun sudah rasa lenguh sangat.Kami mengambil keputusan untuk berehat.

Subscribe to:
Posts (Atom)