hatiku

hatiku

Thursday 22 December 2011

DR NORMALIZA

Assalamualaikum kepada semua termasuk Dr Normaliza atau nama gelarannya Dr Notts dan kunjungilah alamat blog beliau http://www.aammwa.blogspot.com .Semalam merupakan kelas yang terakhir bagi subjek Sastera Dalam Multimedia. Setelah 14 minggu belajar subjek ini pelbagai pengalaman manis dan pahit telah aku lalui.Semua tugasan yang diberikan kepada diriku dan rakan-rakan sangat menguji kesabaran diri.Pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ahli dalam kumpulan kami ada yang besar kepala dan pentingkan diri sendiri menyebabkan perang dingin antara satu sama lain.Oleh sebab itu,keadaan ini boleh dijadikan pengajaran kepada aku supaya bertolak ansur antara satu sama lain.Aku juga gembira kerana dapat belajar bagaimana cara untuk menyunting video, membuat grafik dan sebagainya.Semoga ilmu yang dipelajari dapat aku semaikan dalam diri ini.Aku ingin bercerita tentang pensyarah yang mengajar subjek ini secara ringkas sahaja.Dr Normaliza atau Dr Notts merupakan seorang pensyarah yang simple, tegas dan kadang-kala boleh menyebabkan tercetus ketawa dengan perangainya.Terima Kasih diucapkan kepada Dr Notts kerana mengajar aku berkaitan dengan subjek ini.

Inil adalah gambar kenangan kumpulan kami iaitu Menuju Puncak.


 http://www.ammwa.blogspot.com

       

No comments:

Post a Comment