Hari ini aku rasa sunyi sangat, rasa macam kehilangan sesuatu yang berharga.
Aku tumpang gembira melihat rakan-rakan berbahagia dengan orang yang disayangi.
Mungkin waktu untuk aku bukakan pintu hati ini kembali untuk cinta belum tiba lagi. Selepas dikecewakan aku sudah tawar untuk bercinta kembali.
Aku masih mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu keluarga.Aku ingin ibu dan ayah rasa gembira dengan kejayaanku nanti.
Cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi.Jadi beribadat hanya untuk dia, yang maha Agung.
cahaya cinta
hatiku
Sunday, 25 December 2011
Thursday, 22 December 2011
DR NORMALIZA
Assalamualaikum kepada semua termasuk Dr Normaliza atau nama gelarannya Dr Notts dan kunjungilah alamat blog beliau http://www.aammwa.blogspot.com .Semalam merupakan kelas yang terakhir bagi subjek Sastera Dalam Multimedia. Setelah 14 minggu belajar subjek ini pelbagai pengalaman manis dan pahit telah aku lalui.Semua tugasan yang diberikan kepada diriku dan rakan-rakan sangat menguji kesabaran diri.Pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ahli dalam kumpulan kami ada yang besar kepala dan pentingkan diri sendiri menyebabkan perang dingin antara satu sama lain.Oleh sebab itu,keadaan ini boleh dijadikan pengajaran kepada aku supaya bertolak ansur antara satu sama lain.Aku juga gembira kerana dapat belajar bagaimana cara untuk menyunting video, membuat grafik dan sebagainya.Semoga ilmu yang dipelajari dapat aku semaikan dalam diri ini.Aku ingin bercerita tentang pensyarah yang mengajar subjek ini secara ringkas sahaja.Dr Normaliza atau Dr Notts merupakan seorang pensyarah yang simple, tegas dan kadang-kala boleh menyebabkan tercetus ketawa dengan perangainya.Terima Kasih diucapkan kepada Dr Notts kerana mengajar aku berkaitan dengan subjek ini.
Inil adalah gambar kenangan kumpulan kami iaitu Menuju Puncak.
http://www.ammwa.blogspot.com
Inil adalah gambar kenangan kumpulan kami iaitu Menuju Puncak.
http://www.ammwa.blogspot.com
Friday, 16 December 2011
persembahan Pantun
Untuk cover balik markah subjek keterampilan berbahasa, aku dan rakan-rakan harus mengadakan persembahan.
Markah akan dinilai berdasarkan persembahan yang akan dijalankan.
Aku dan rakan aku iaitu najla dan liza membuat keputusan untuk mengadakan persembahan pantun. Dalam persembahan ini kami akan masukkan sedikit lakonan bagi menggambarkan jalan cerita atau tema pantun itu.
Aku mesti tunjukkan bahawa aku boleh melakukannya dengan baik.Insya Allah.Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ku ini.

Thursday, 15 December 2011
Susah hati
Aku rasa susah hati kerana kebanyakkan markah-markah kertas kerja dan aktiviti amali yang dijalankan telah pun diumumkan.
Ada markah dalam sesetengah subjek yang dapat dibanggakan dan ada yang amat mengecewakan.
Aku rasa aku sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi keadaan sebaliknya.
Aku mahu mengekalkan pointer atau CGPA untuk semester ini supaya keputusan keseluruhan pointer tidak jatuh.
Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku aku mesti tekankan pada final exam.
Aku boleh...........................................

Thursday, 8 December 2011
Monday, 5 December 2011
ombak rindu
Hatiku tersentuh ketika menonton cerita ombak rindu.Plot cerita ombak rindu berjaya membuatkan air jernih mengalir dipipiku.
Cerita ombak rindu ini telah diadaptasi daripada novel kepada bentuk filem.Dalam cerita ini ada babak-babak yang begitu dekat dengan pengalaman yang telah aku lalui.Kepada kawan-kawan selamat menonton Ombak rindu.Rugi siapa yang tidak menonton cerita nie............

Saturday, 3 December 2011
Kertas kerja oh kertas kerja
Kertas kerja belum disiapkan lagi macam mana nie.......................
Kepala dah serabut dan kadang-kala tidak dapat berfikir secara rasional.Alasannya ialah bahan-bahan untuk buat assigment peristilahan tidak ada. Puas sudah ku cari dekat perpustakaan upm tapi hampa hanya sedikit sahaja bahan yang ada.
Seterusnya kawan-kawan yang lain pergi dekat DBP pun masih tidak ada.Apakah yang perlu aku buat? Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini.
Sebagai nasihat buat persediaan awal-awal sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)